Wednesday, April 25, 2012

Vegetarian Thai Green Curry

Pecaya atau tidak, baru 2 mggu lebih saya balik kk..saya sudah berjaya menaikkan kilo almost 5 kilos! Semalam jumpa Doktor, check bp semua ok tapi Doktor kurang happy dgn persembahan yang di buat oleh Mr. Scale! habis kena marah... apa tidak,Saya suka masak..kalau di rumah parents, ramai perut boleh mengisar makanan yang saya masak tapi di rumah sendiri cuma diri ku. Aku!!! sendiri masak, sendiri makan huhuhu. Oleh kerana lidah ini asyik mau yang sedap2 jak tanpa memikir hal si badan yang membelon makanya demi kesihatan ku sendiri and si lidah terpaksalah mengubah suai resepi menjadi Vege Thai green curry hahaha..no dagingan..only sayur2..resepi asal boleh dapat dari SINI, siapa lagi kalau bukan Mr. Mat Gebu cuma saya ubah suai sikit mengikut citarasa ku dan campur resepi mama angkat di kelatan dulu..orang siam :D
sa
Bahan kisar
(saya buat menu kecil jadi bahan2 suma agak2 jak ni sukatan dia...)
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
halia
1 btg serai
8 biji cili padi
ketumbar (sya guna serbuk)
lada putih (pun guna serbuk)
serbuk kunyit
3 helai daun limau purut
4 btg cili hijau
Daun coriander
jus limau nipis
belacan sikit

Bahan sayuran
3 btg Terung - potong ikut suka
2 biji kentang saiz besar - potong dadu
Bendi  ( sa lupa brapa sa guna tadi )- cuci bersih, sya tidak potong nnati lendir dia merosakkan kari ku
3 biji Tomato - hiris besar
1 biji bawang besar - hiris besar
1 btg cili merah - hiris

Bahan lain
air
sos ikan
Santan/susu CAWIR chicken stock


Cara memasaknya,
Tumis semua bahan kisar, masukkan kentang, sos ikan dan sedikit sedikit air, biarkan sampai kentang masak kemudian masukkan bendi, di ikuti terung. masak sekejap. masukkan chicken stock secukup rasa. Masukkan susu/santan..didih kan sekejap, masukkan bawang besar dan cili merah. Tutup api, kemudian masukkan tomato.  sekian ;)